Pelan Pelaburan Mukmin

Islam menggalakkan umatnya memperkembangkan harta yang dimiliki bagi meningkatkan tahap keupayaan umat Islam melalui kekuatan ekonomi. Salah satu daripada cara yang boleh dilakukan ialah melalui aktiviti pelaburan.

Pelan Perlindungan Mukmin

Kehidupan ini sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis risiko musibah, kemalangan dan bencana, Sebagai langkah berikhtiar, seorang Mukmin itu harus merancang bagaimana dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahli keluarganya jika musibah melanda.

Pelan Penyucian Mukmin

Islam bukan hanya mementingkan persoalan bagaimana sesuatu harta itu diperolehi tetapi juga bagaimana harta tersebut dibelanjakan. Seorang Mukmin dituntut menunaikan beberapa hak dan tanggungjawab terhadap harta yang dimiliki bagi tujuan penyucian harta tersebut.

Pelan Pewarisan Mukmin

Islam turut memberi penekanan dan panduan bagaimana mengagihkan harta pusaka yang ditinggalkan selepas kematian seorang Muslim. Di antara instrumen pewarisan ialah penulisan Wasiat, hibah, wakaf, faraid, pengamanahan dan pentadbiran harta pusaka.

Pengurusan Wang Al-Awlawiyyat

Pengurusan wang yang berhemah dan berkesan menjadi pegangan dan matlamat pengurusan kewangan seorang Mukmin. Pengurusan kewangan berteraskan "Fiqh Awlawiyyat" atau "Fiqh Keutamaan" menjadi suatu keperluan yang amat penting.

Sunday, May 24, 2009

Hutang Kad Kredit Adalah Tanggungan Bersama Suami Isteri

Ramai yang tidak mengetahui tentang fakta ini. Harap dapat memberi maklumat berguna kepada anda semua. InsyaAllah.

Soalan:

Saya telah mengambil kad kredit sampingan (supplementary card) untuk suami atas desakannya. Saya baru mendapat tahu bahawa dia telah berbelanja berlebihan kerana selama ini saya tidak pernah menerima bil kad tersebut. Bil kad tersebut telah dihantar ke pejabat suami saya dan dia selalu menyatakan bahawa dia telah membayarnya. Kami kini sedang dalam proses perceraian di mahkamah. Bolehkan saya dipertanggungjawabkan ke atas bil suami saya? Jika ya, apakah yang boleh saya lakukan supaya dia juga dipertanggungjawabkan?

- Juriah Ali, Kuala Lumpur.

Jawapan:

Terdapat dua persoalan di sini iaitu, bolehkah puan dipertanggungjawab untuk bil kredit kad suami puan dan kedua, sekiranya ya, apakah tindakan yang boleh diambil oleh puan.

Bagi soalan yang pertama, puan akan bertanggungjawab terhadap kesemua bil suami puan kerana puan merupakan pemegang kad kredit utama.

Pada kebiasaannya, pihak bank tidak akan mengambil tindakan terhadap pemegang kad kredit sampingan. Ini kerana di dalam borang permohonan untuk memasukkan pemegang kad sampingan:

1) kelulusan pemegang kad utama adalah diperlukan sebelum kad sampingan dikeluarkan.

2) Terdapat klausa dan/atau syarat dalam borang permohonan yang menyatakan bahawa pemegang kad kredit utama bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas kesemua jumlah kredit yang telah digunakan oleh pemegang kad kredit sampingan.

3) Terdapat klausa yang memberikan pilihan terhadap pemegang kad utama sama ada untuk menghadkan jumlah kredit yang boleh diberikan kepada pemegang kad sampingan atau tidak.

Oleh yang demikian, apabila kad kredit sampingan tersebut dikeluarkan, ini bermakna pihak pemegang kad utama telah bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak bank dan akan bertanggungjawab terhadap jumlah yang dihutang oleh pemegang kad sampingan.

Berkenaan dengan soalan kedua, terdapat beberapa keadaan yang perlu diteliti;

1. Pihak bank telah memulakan tindakan undang-undang terhadap puan tetapi belum mendapat penghakiman. Dalam keadaan ini, puan boleh berbincang dengan pihak bank supaya memasukkan suami puan sebagai salah seorang dengan dalam tindakan tersebut.

Namun, pihak bank sebagai plaintif berhak menentukan terhadap siapa ia akan dituntut. Oleh itu, sekiranya pihak bank enggan memasukkan suami puan sebagai defendan kedua, puan boleh membuat permohonan untuk memasukkan suami puan sebagai pihak ketiga dalam tindakan yang dimulakan oleh pihak bank. Dengan itu, suami puan akan bertanggungjawab untuk membayar balik kepada puan segala hutang di pihaknya sendiri.

2. Pihak bank telah mendapat penghakiman terhadap puan.

Dalam keadaan yang kedua, puan boleh memulakan tindakan undang-undang terhadap suami puan untuk mendapatkan kembali jumlah yang terhutang olehnya. Bagaimanapun, puan harus faham bahawa puan hanya akan dapat menuntut terhadap suami puan sekiranya semua bil ada di dalam simpanan puan.

Bil-bil tersebut mesti menyatakan secara nyata jumlah yang terhutang oleh puan berbanding dengan jumlah yang terhutang oleh suami puan melalui kad kredit sampingan tersebut. Kebiasaannya pihak bank akan membuka dua akaun yang berasingan bagi kedua-dua kad kredit utama dan sampingan. Puan juga boleh meminta pihak bank untuk mengemukakan salinan bil-bil tersebut.

3. Tiada tindakan undang-undang diambil oleh pihak bank tetapi puan telah menjelaskan jumlah yang terhutang itu. Akhirnya dalam keadaan ketiga, puan boleh memulakan tindakan undang-undang terhadap suami puan bagi jumlah yang telah dibayar itu.

Namun, keadaan ini adalah lebih sukar berbanding dengan keadaan yang kedua tadi kerana puan perlu membuktikan dengan jelas bahawa bayaran adalah untuk bahagian hutang bagi suami puan atau bahagian hutang puan sendiri.

Sekiranya semasa puan membuat bayaran puan tidak menyatakan dengan jelas bahawa pembayaran tersebut adalah bagi kad kredit yang mana satu, ini akan menyukarkan puan membuktikan satu kes yang kukuh terhadap suami puan.

Sumber : ahmadhumaizi.com
Tarikh : 24/5/2009

Saturday, May 9, 2009

Keluarga balu kedua Raja Nong Chik dibenar mencelah

PUTRAJAYA - Keluarga balu kedua kepada Allahyarham Raja Nong Chik Raja Ishak dibenarkan mencelah dalam rayuan Amanah Raya Berhad (ARB) berhubung pembahagian harta pusaka milik ahli perniagaan terkenal itu yang dianggarkan melebihi RM16 juta.

Ahli keluarga tersebut merupakan lima anak kepada balu kedua, Jumaaton @ Zaiton Awang. Mereka ialah Raja Delila, Raja Yurihana, Raja Iskandar, Raja Akbar dan Raja Norlina.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing membenarkan permohonan kesemua pemohon setelah berpuas hati bahawa mereka adalah penama yang sah dan mempunyai kepentingan secara langsung dalam rayuan melibatkan tuntutan harta pusaka itu.

Allahyarham Raja Nong Chik dikatakan meninggalkan harta pusaka dianggarkan melebihi RM16 juta tanpa sebarang wasiat ketika meninggal dunia pada 10 Februari 1994.

Beliau menyatakan, pemohon-pemohon memenuhi syarat untuk dinamakan sebagai pencelah setelah membuktikan bahawa kehadiran mereka mempunyai kaitan langsung dengan isu yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut.

Hakim Hop Bing turut menyatakan, Perintah 15 Peraturan 6(2) Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk memasukkan mana-mana pemohon sebagai pihak dalam rayuan.

Penghakiman sebulat suara itu turut diputuskan oleh Hakim Datuk Sulong Matjeraie dan Hakim Datuk Ramly Ali.

ARB merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman ke atas balu pertama allahyarham, Raja Rajmah Raja Chik dan 12 yang lain melibatkan sejumlah unit saham dalam empat buah syarikat.

Rayuan tersebut akan didengar di hadapan panel yang sama pada 22 Jun ini. Peguam-peguam G. Ragumaren dan Renu Zechariah mewakili kelima-lima pemohon.

Anak-anak allahyarham bersama balu pertama ialah Raja Hanipuddin, Raja Sallehudin, Raja Hizaruddin, Raja Taharuddin, Raja Noraini dan Cik Normah merupakan defendan kedua hingga ketujuh.

ARB juga menamakan Syarikat Lambang Tenaga Putra Sdn. Bhd. (defendan kelapan), Furukawa Electric Cables (M) Sdn. Bhd. (defendan kesembilan), Shorga Sdn. Bhd. (defendan ke-10), Malayan Zips Sdn. Bhd. (defendan ke-11), Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat (defendan ke-12) dan Chong Fook Sin (defendan ke-13).

Ketika di Mahkamah Tinggi, ARB menuntut perintah agar perpindahan saham-saham milik allahyarham kepada pihak lain diisytiharkan sebagai tidak sah.

Pemohon-pemohon menyatakan, hak mereka selaku penama yang sah dinafikan berikutan tindakan Raja Rajmah dan 12 defendan lain yang dikatakan memindahkan saham secara penipuan menyebabkan pemohon-pemohon mengalami kerugian.

Pada 7 April 2004, Hakim Datuk Abdul Wahab Patail membatalkan saman itu dengan kos dibayar oleh ARB.

Dalam pernyataan tuntutan, ARB selaku pentadbir harta pusaka allahyarham mendakwa beliau memiliki 1,000 unit saham di dalam syarikat Lambang Tenaga, 2,139,152 unit saham dalam syarikat Furukawa, 552,000 unit saham dalam Shorga dan 248,000 unit saham dalam Malayan Zips.

Sumber : ARKIB
Tarikh : 9/5/2009

Friday, May 8, 2009

Konsep Wasiat Wajibah: Suatu Pengenalan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Islam adalah ugama yang sangat sempurna yang dinuzulkan kepada seluruh ummat manusia untuk dijadikan jalan hidup, kesempurnaan Islam boleh diketahui dalam ajarannya yang termaktub dalam Al-qur’an dan As-sunnah di mana secara umum telah di hatur perkara-perkara tentang hubungan Allah SWT dengan manusia, hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan binatang dan manusia dengan tumbuh-tumbuhan.

Perkara-perkara hubungan manusia dengan manusia ialah suatu yang penting kerana berhubungan langsung bagi kehidupan manusia sehari-hari dalam menjalani kehidupan ini.

Ketentuan-ketentuan atau hukum yang mengatur perkara hubungan manusia dengan manusia (makhluk) disebut dengan Ahkam al-Muamalat di mana di dalamnya membahas beberapa hukum, seperti hukum orang dan keluarga ( Alkam al-ahwal al-Syakhsiyyah), hukum pidana Islam (al-ahkam al-jinayah), hukum acara ( al-ahkam al- Qadha wa al- Murafa’at dan hukum benda (Ahkam al-Madaniyyat) iaitu hukum-hukum yang mengatur masalah yang berkaitan dengan benda, seperti jual-beli, sewa-menyewa, pinjam-meminjam, penyelesaian perkara warisan, perkara wakaf dan hukum-hukum wasiat.

Wasiat adalah suatu rahmat Allah swt kepada manusia yanng pada mulanya digariskan dalam Al-qur’an sebagai suatu perintah yang wajib ditunaikan oleh tiap-tiap mukallaf supaya mewasiatkan hartanya kepada bapa-ibunya dan para kerabatnya yang terdekat. Kemudian perintah itu di tepikan setelah turun ayat yang khusus membahas tentang perkara-perkara harta warisan.

Dalam tajuk ini akan diuraikan secara jelas tentang konsep wasiat dalam Islam berkisar pendapat mazhab empat dan juga pemahaman penulis tentang perkara-perkara dalam pembahasan hukum-hukum wasiat.


1.1.1 Matlamat Kajian

Membincangkan dan Menganalisa tentang kedudukan wasiat dalam Islam berdasarkan pandangan mazhab yang empat dan menurut Enakmen wakaf (Negeri selangor) No:7,1999 serta menjelaskan dari konsep dan kedudukan hukum dan dalil-dalilnya. Rukun-rukunnya, wasiat wajibah dan pemberian dengan penamaan.

1.1.2 Skop Kajian

Skop kajian menjurus kepada perbincangan ulamak dan Enakmen wakaf (Negeri Selangor) No:7,1999 mengenai konsep wasiat dan difokuskan kepada wasiat wajibah dan pemberian dengan penamaan

1.1.3 Objektif Kajian

1. Memahami konsep wasiat menurut perspektif Islam Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) No:7,1999
2. Menjelaskan hukum-hukum wasiat
3. Menjelaskan konsep wasiat wajibah
4. Menjelaskan perbincangan seputar pemberian dengan penerimaan.

1.1.4 Metodologi Kajian

Dalam penulisan tugasan ini, penulis menggunakan kajian kepustakaan (library reseach).


1.2 ASAS TEORI

1.2.1 Definisi Wasiat

Pada sudut bahasa, wasiat menurut setengah-setengah ahli fiqah ialah berasal daripada kata “wassa” yang mempunyai erti memerintahkan menasihatkan atau menjanjikan. Menurut setengah-setengah ahli fiqah yang lain pula, khasnya ahli fiqah mazhab mazhab Syafi’i berpendapat bahawa wasiat berasal daripada kata sifat “wassa” yang bererti menghubungkan atau menyampaikan. Ia juga memberi erti menyampaikan atau menghubungkan kerana seseorang yang berwasiat, menyambungkan kebaikan dunianya dengan akhiratnya selepas kematiannya.

Pada sudut istilah wasiat adalah pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan dengan perkataan wasiat atau perkataan lain yang menmbawa maksud wasiat dan pemindahan hak milik tersebut berlaku setelah kematian pewasiat.

Menurut Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) No: 4, 1999, wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati .

Dalam pengertian di atas baik menurut sudut ahli fiqah maupun menurut enakmen wasiat orang Islam (Negeri Selangor) No: 4, 1999, sama-sama memahamkan bahawa wasiat boleh dilakukan oleh seseorang yang masa hidup dan perpindahan hak milik tersebut berlaku bila pewasiat telah meninggal dunia.

Dari takrif di atas dapatlah diketahui bahawa terdapat perbezaan antara wasiat dan cara pemilikan harta yang lain. Hak milik melalui wasiat hanya boleh dimiliki selepas kematian pewasiat, sementara hak milik yang lain contohnya hadiah boleh dimiliki ketika hayatnya.

Dari pengertian di atas boleh di pahami juga bahawa wasiat adalah tindakan yang digolongkan sebagai perbuatan terakhir daripada orang Islam dengan hartanya atau kepentingannya, yang bertujuan untuk membawa kebajikan atau diharap dapat menghubungkan kebaikan yang diperolehinya di dunia dengan pahala dan kedamaian di akhirat.

Di sini dikatakan tindakan pewasiat itu sebagai perbuataan terakhir semasa hidupnya kerana dilihat dari segi kesan perbuatan yang berlaku setelah kematian sepewasiat itu, tidak bererti bahawa tindakan tersebut mesti dilakukan pada saat-saat terakhir menjelang kematiannya.

1.2.2 Dalil Pensyari’atan Wasiat

a) Nas-nas al-Qur’an

Wasiat adalah dibenarkan, wasiat disyariatkan melalui dalil Al-qur’an Al-qarim, Sunnah Nabawiyah, amalan sahabat dan Ijmak ulamak. Dalam membincangkan dalil pensyariatan wasiat adalah penting kita menyentuh kedudukan dan kesan ayat pertama yang pernah diwahyukan dalam soal pembahagian harta. Ayat itu juga dikenal sebagai ayat wasiat iaitu :

Maksudnya:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.”

Ayat lain yang menyentuh tentang wasiat ini juga terdapat dalam surat berikut ini, iaitu:

Maksudnya:
“Hai orang-orang beriman, apabila salah seorang dari kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana bencana sakit yang membawa maut.”

Dalam ayat ini, secara jelas Allah swt memerintahkan manusia kalau sudah tampak tanda-tanda kematian supaya berwasiat kepada ibu bapa dan keluarga mereka yang dekat, dengan cara-cara yang baik dan ini adalah kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa.

Ahli-ahli fiqah berselisih pendapat sama ada ayat ini masih berlaku atau terbatal apabila Allah SWT menurunkan ayat mengenai pusaka (an-Nisa’ : 11, 12 dan 176) yang secara jelas menetapkan hak dan faraiad kepada setiap ahli waris.

Menurut kebanyakan Sahabat dan ahli fiqah seperti di antaranya Abu Bakar, Ali, Ibn Umar, Abu Musa, Sa’id al- Musayyib, al-Hasan, Ata’, Mohammad bin Sirrin, Ta’us, Ibrahim an-Nakhai, Syuraih, Akramah, Mujahid, asy-Sya’bi, ad-Adahak, al-Uza’I ath-Thauri dan mazhab sunni yang empat bahawa ayat wasiat tersebut batal setelah turunnya ayat pusaka (an-Nisa’ : 11,12 dan 176) yang kemudian secara khusus menetapkan faraid kepada waris.

Namun pendapat kedua menurut setengah-setengah ahli fiqah seperti ‘Ata’, az-Zuhri, Abu Majaz, Talhah bin Mutarrij, Ishaq, bahawa ayat wasiat tidak terbatal dengan turunya ayat-ayat pusaka kerana perkataan “kutiba” yang terdapat pada permulaan ayat wasiat itu merupakan perintah supaya orang berwasiat, dan perintah itu diperkuat pula pada akhir ayat tersebut dengan kata “haqqan ‘alal-muttaqin” iaitu kewajiban ke atas orang-orang yang bertakwa mengerjakannya. Maka dengan ini adalah jelas menurut ahli-ahli fiqah tersebut bahawa ia menyalahi kebiasaan dengan membatalkan ayat-ayat hukum kerana selalunya ayat-ayat yang dibatalkan itu tidak diperkuatkan dengan penekanan demikian .

Oleh itu golongan ahli fiqah yang kedua ini tetap berpendapat bahawa berpandukan alasan-alasan di atas maka menjadi kewajiban kepada mereka yang mempunyai harta supaya berwasiat kepada ahli waris mereka sama ada mereka berhak menerima bahagian harta pusaka si mati tersebut atau tidak.

Di samping itu terdapat juga segolongan ahli fiqah yang mengambil jalan tengah dalam menafsirkan ayat-ayat berkenaan, mereka antara lain ialah Ibn Abbas, al-Hasan, Ta’us, Iyyas, Daud, Ad-Dahaq, Abdul Malik bin Ya’la, Muslim ibn Yasar dan lain-lain. Menurut mereka bahawa kesan penurunan ayat pusaka terhadap ayat wasiat hanyalah berlaku kepada ahli waris tertentu yang berhak mendapat bahagian harta pusaka sahaja dan bukan semua ahli waris.

Oleh itu, ahli keluarga lain atau mungkin juga keluarga yang dekat tetapi terdinding oleh keluarga dekat yang lain atau kerana berlainan agama sama ada mereka itu ibu bapa si mati atau anak-anaknya atau sebagainya, khasnya mereka yang miskin adalah diwajibkan mengambil harta peninggalan si mati tersebut secara wasiat sesuai dengan maksud ayat al-Ankabut: 8).

Penulis lebih cenderung kepada pendapat yang ketiga iaitu bahawa ayat wasiat tetap berlaku kepada ahli waris atau keluarga dekat yang terdinding oleh keluarga dekat yang lain atau kepada ibu-bapa dan anak yang berlainan agama, sedangkan bagi ahli waris yang telah disebutkan bahagian-bahagiannya seperti terdapat dalam ayat pusaka (an-Nisa’ : 11,12 dan 176) maka tidak lagi terdapat kewajiban bagi wasiat untuk berwasiat kerana menurut penulis pendapat yang ketiga ini boleh menghilangkan kesenjangan di antara para ahli waris atau keluarga.

b) al-Sunnah

Dalam sunnah pula terdapat beberapa hadis yang membincangkan perkara-perkara pensyari’atan wasiat antaranya:

م حق ا مر ئ مسلم له شي ء ير يد أ ن يو صي فيه يبيت ليلتين ا لا و و صيته مكتو بة عنده

Maksudnya:
“Seorang muslim yang mempunyai sesuatu boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiatnya di sisinya”.

Hadis ini menyebut kalimah ‘tidak sepatutnya’ menunjukkan bahawa langkah berhati-hati perlu diambil, iaitu dengan menulis wasiatnya di sisinya kerana dia tidak mengatahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalainnya mengakibatkan segala

Hadis lain iaitu:

ا لمحرو م من حرم و صيته

Maksudnya:
“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.”

Rasulullah bersabda lagi:

من ما ت على و صيت ما ت على سبيل و سنة و ما ت على تقى و شها د ة و ما ت مغفو را له

Maksudnya:

“ Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati dia atas jalan ini dan sunnah. Dia mati dalam keadaan bertakwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.”

c) Amalan Para Sahabat

Para sahabat pula sering mewasiatkan sebahagian harta mereka kerana ingin mendekatkan diri dengan Allah s.w.t

Abdul Razzak meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Anas r.a berkata: “Para sahabat menulis di awal wasiat mereka: Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi lagi maha pengasih”. Ini adalah wasiat fulan bin fulan bahawa dia bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu baginya. Dia juga bersaksi bahawa hari akhirat pasti akan datang dan Allah akan membangkitkan manusia dari kubur. Dia mewasiatkan ahli keluarganya yang masih tinggal agar takutkan Allah dan saling memelihara hubungan mereka. Hendaklah mereka mentaati Allah dan rasul-Nya sekiranya mereka yang orang-orang beriman. Dia mewasiatkan mereka sebagaimana wasiat Nabi Yaakub kepada keturunan mereka:

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini bagi kamu, janganlah kamu mati melainkan kamu dalam Islam.

d) Ijmak

Dari sudut ijmak, telah berlaku ijmak di kalangan para sahabat. Antara para sahabat yang melaksanakan wasiat ialah Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali telah berwasiat sebanyak 1/5 daripada harta mereka. Saidina Umar pula telah berwasiat sebanyak ¼ daripada hartanya.

1.2.3 Hukum-hukum yang Berkaitan dengan Wasiat

Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam penjelasan di atas bahawa wasiat adalah amalan yang digalakkan dalam hal kebajikan dan dibolehkan untuk selain ahli waris, Cuma dalam beberapa keadaan ia mungkin keluar dari sunat tersebut kepada hukum yang lain, iaitu:

1. Wajib

Hukum wasiat menjadi wajib sekiranya terdapat tanggung-jawab syar’ie yang harus dilaksanakan kepada Allah swt dan manusia yang harus dilaksanakan, sedemikian sehingga khawatir jika tidak diwasiatkan hal itu tidak sampai kepada yang berhak. seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta ini akan habis sekiranya tidak di wasiatkan.

2. Mustahab

Wasiat hukumnya mustahab (sangat dianjurkan) dalam perbuatan takarrub (pendekatan diri kepada Allah swt) iaitu dengan mewasiatkan sebagian dari harta yang ditinggalkan untk diberikan kepada para sanak-kerabat yang miskin (terutama yang tidak akan menerima bahagian harta warisan). Atau orang-orang shaleh yang memerlukan, atau hal-hal yang berguna bagi masyarakat, seperti pembangunan lembaga pndidikan, kesehatatan social dan sebagainya.

3. Haram

Hukum wasiat menjadi haram menurut syara’ jika dia mewasiatkan perkara yang diharamkan melakukannya seperti mewasiatkan arak, atau mewasiatkan sesuatu yang boleh mencemar akhlak masyarakat. Selain haram wasiat sebegini tidak boleh dilaksanakan.

Antara wasiat yang diharamkan ialah wasiat yang bertujuan menyusahkan waris-wasir dan menghalang mereka daripada menerima bahagian yang ditetapkan oleh syarak.

Allah melarang wasiat yang bertujuan menyusahkan (memudharatkan) orang lain, firman Allah swt:

Maksudnya:
Wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudharat (kepada waris-waris). (setiap satu hokum itu) ialah ketetapan dari Allah swt. Dan ingatlah Allah maha mengetahui lagi maha penyabar.

4. Harus
Hukum wasiat menjadi harus sekiranya wasiat ditujukan untuk sahabat handai tolan atau orang kaya yang mana mereka bukan dari golongan yang berilmu dan shaleh. Jika wasiat bertujuan baik dan bertujuan untuk menghubungkan silaturahmi maka wasiat ini dia anggap sunat kerana ia bertujuan mentaati Allah swt.

5. Makruh

Wasiat adalah makruh sekiranya pewasiat seorang kurang berada dan memiliki waris-waris yang miskin serta memerlukan harta. Wasiat juga makruh sekiranya diberikan kepada orang yang fasik dan jahat pewasiat merasakan kemungkinan besar harta ini akan digunakan kea rah kejahata

1.2.4 Rukun-Rukun Wasiat.

Apa yang dimaksudkan dengan rukun (unsur) wasiat di sini ialah sesuatu yang menyebabkan wujudnya atau mengikatnya perbuatan seseorang sehingga tanpanya atau tanpa salah satu daripadanya menyebabka kewujudan atau perbuatan terjejah atau tidak sah. Dalam hal ini rukun-rukun yang diperlukan bagi dalam kewujudan wasiat ialah:

a. Pemberi wasiat atau orang yang berwasiat (musi).
b. Penerima wasiat atau orang yang menerima wasiat (musa lahu)
c. Barang yang diwasiatkan (musa bihi)
d. Ijab dan qabul (sighah)

1.2.5 Syarat-syarat wasiat

a) Syarat-syarat bagi pewasiat ialah:

i. Berakal.

Ia adalah syarat yang mesti ada khususnya dalam soal memberi hadiah dan sedekah. Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang gila atau terencat akal, orang yang pengsan dan orang yang mabuk. Kesemua mereka dianggap orang-orang yang kehilangan akal yang meerupakan asas kepada taklif, dengan ini orang-orang ini tidaka layak memberi wasiat

ii. Baligh.

Syarat ini juga asas kepada taklif. Dengan ini, adalah tidak sah wasiat daripada seorang kanak-kanak walaupun telah mumaiyiz kerana ia tidak layak berwasiat.

iii. Pilihan.

Wasiat tidak sah jika dilakukan oleh orang yang dipaksa. Ini kerana wasiat bermakna menyerahkan hak milik maka ia perlu melalui keredaan dan pilihan pemiliknya.

iv. Merdeka.

Tidak sah wasiat daripada seorang hamba sama ada qinna, mudabbir atau mukatib kerana hamba bukan pemilik. Bahkan diri dan hartanya adalah milik tuannya.

Dalam Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) No: 4, disebutkan bahawa seseorang pewasiat hendaklah seseorang yang:

a) Telah mencapai umur 18 tahun;
b) Tidak merupakan orang yang tak sempurna akal;
c) Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
d) Tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.
e) Seseorang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut hukum syarak, hukumnya adalah tidak sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah.
f) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit, dia hendaklah waras fikirannya, baik ingatan dan memahami semasa wasiat dibuat.
g) Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad al-maut, wasiatnya hendaklah tidak melebihi dari satu pertiga dari hartanya dan jika harta yang diwasiatkan itu melebihi satu pertiga, wasiatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris .

Secara umum syarat-syarat bagi pewasiat dalam hukum fiqah dengan enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 tidak berbeza, hanya sahaja di dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 umur pewasiat telah ditentukan iaitu berumur 18 tahun. Menurut penulis umur bagi pewasiat harus ditentukan demikian supaya tidak menimbulkan perbezaan pandangan ummat tentang batas umur baligh.

b) Syarat-syarat bagi penerima wasiat ialah:

i. Penerima sama ada pihak yang umum (seperti fakir miskin) atau badan tertentu (seperti masjid) atau individu tertentu bukannya kepada pihak yang terlibat dengan maksiat.

ii. Hendaklah penerima wasiat wujud ketika wasiat dibuat. Tidak sah mewasiatkan harta kepada bayi yang akan dikandung ataupun masjid yang akan dibina.

iii. Penerima hendaklah diketahui.

iv. Penerima hendaklah orang yang boleh menerima milik dan boleh memberi milik.

v. Penerima hendaklah bukan seorang pembunuh.

vi. Penerima bukan kafir harbi (pendapat fuqaha’ mazhab Maliki), bukannya kafir harbi di dar (pendapat fuqaha’ mazhab Hanafi) dan tidak boleh mewasiatkan senjata kepada ahli harbi (pendapat fuqaha’ mazhab Syafi’i).

vii. Penerima hendaklah bukan dari kalangan waris melainkan setelah mendapat persetujuan waris.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4, disebutkan bahawa syarat-syarat bagi penerima wasiat (benefisiari) ialah:

a) Diketahui
b) Mempunyai kelayakan untuk memiliki harta yang diwasiatkan; dan
c) Jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat dibuat dan jika tidak ditentukan, benefisiari tidak disyaratkan wujud sama ada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu mati .

Dalam pandangan ahli fiqah di atas bahawa di antara syarat bagi penerima wasiat iaitu hendaklah pewasiat wujud ketika wasiat dibuat, ertinya kalau pewasiat belum berwujud atau belum lahir maka tak boleh diberikan wasiat. Dalam Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) No: 4, disebutkan bagi penerima wasiat yang ditentukan maka harus wujud tetapi bagi penerima wasiat yang tidak ditentukan tidak disyaratkan wujud, penulis lebih condong kepada pandangan ahli fiqah bahawa kepada penerima wasiat disyaratkan wujud ketika wasiat dibuat.

c) Syarat-syarat bagi barang atau benda yang diwasiatkan ialah:

i. Barang itu dikira sebagai harta dan ia boleh diwarisi.

ii. Barang tersebut dari harta yang boleh dinilai atau mempunyai nilai kewangan sama ada melibatkan benda atau manfaat dari susut syarak.

iii. Barang tersebut boleh dipindahmilik sekalipun tiada pada waktu berwasiat.

iv. Barang itu dimiliki oleh pemberi wasiat ketika berwasiat jika zatnya ditentukan.

v. Barang itu bukanlah sesuatu yang maksiat seperti mewasiatkan rumah untuk dijadikan gereja, pusat judi dan sebagainya.

vi. Harta atau barang tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 harta pewasiat

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 pula diatur syarat-syarat bagi barang atau benda yang diwasiatkan adalah:

a) Sesuatu yang boleh dijadikan pusaka atau boleh menjadi perkara akad semasa hidup pewasiat
b) Sesuatu yang bernilai;
c) Sesuatu yang boleh dipindahkan selepas kematian pewasiat; dan
d) Sesuatu yang wujud dan dalam milik pewasiat, jika ditentukan dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika ditentukan.
e) Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat atau bidaah.

Antara syarat-syarat menurut ahli fiqah dan dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 tidak terdapat perbezaan.

d) Syarat-syarat bagi ijab dan qabul ialah:

Ahli-ahli fiqah daripada mazhab Hanafi memandang bahawa rukun (unsur) wasiat adalah memadai dengan sighah sahaja, iaitu meliputi penawaran dan penerimaan, sedangkan benda wasiat yang akan diberikan kepada penerima wasiat terdapat dalam aqad (perjanjian) itu. Sebahagian fuqaha’ yang lain termasuk fuqaha’ mazhab Syafie berpendapat sighah merupakan rukun wasiat yang keempat .

i. Hendaklah wasiat tersebut dilafazkan sama ada dalam bentuk jelas atau kabur.

Lafazh yang jelas seperti:”Saya mewasiatkan untuknya satu ribu” atau “serahkan satu ribu kepadanya selepas kematian saya” atau berikan kepadanya selepas kematian saya” atau Harta itu menjadi haknya selepas kematian saya”. Lafaz wasiat yang jelas ini diterima sebagai suatu wasiat dan sah dilaksanakan menurut lafaz tersebut. Jika orang yang berkata tersebut menafikan ia berniat wasiat katanya itu tidak diterima.

Sementara lafaz yang kabur pula perlu disertakan dengan niat. Terdapat kemungkinan lafaz itu tidak membawa maksud wasiat maka ia perlu diikuti dengan niat. Contohnya, “ Buku saya ini untuk Zaid.

ii. Hendaklah wasiat ini diterima oleh penerima wasiat jika wasiat ini ditujukan kepada orang yang tertentu. Jikalau wasiat ini ditujukan kepada orang yang tertentu. Jikalau wasiat ini ditujukan kepada pihak yang umum seperti fakir miskin atau ulamak persetujuan mereka tidak diperlukan kerana ini menyukarkan. Wasiat ini hendaklah dilaksanakan setelah kematian pewasiat.

iii. Hendaklah persetujuan tersebut diambil kira selepas kematian pewasiat tanpa mengira sama ada penerima telah bersetuju atau telah menolak wasiat ini sebelum kematian pewasiat. Ini adalah kerana penerima tidak mempunyai hak sebelum kematian pewasiat. Masalah sama sepertimana menggugurkan hak syafaat sebelum jual beli.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4, disebutkan bahawa syarat-syarat bagi

1.2.6 Harta Yang Boleh Diwasiatkan

a. Wasiat ke atas ‘Ain Benda atau Harta

‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu hendaklah dilindungi oleh syarak. Ini ialah kerana jika ia dilindungi syarak maka ia dianggap bernilai.oleh itu jika ‘ain benda itu pada dasarnya dihukum najis oleh syarak sama ada diproses atau diubahsuai seperti babi, arak dan lain-lain maka tidak sah berwasiat dengan benda demikian.

‘Ain benda atau harta yang hendak diwasiatkan itu juga hendaklah boleh dimiliki dan dipindahmilikkan seperti perjanjian jualbeli atau menurut setengah-setengah fuqaha’seperti pepindahan milik harta pusaka. Syarat ini berlaku sama ada ia melibatkan harta asal atau manfaat daripadanya sahaja.

Berkenaan dengan hal ‘ain benda atau harta yang boleh diwasiatkan itu wujud maka hendaklah dibezakan benda wasiat seperti ,”Hartaku yang berada dalam rumah ini” atau “tanah ini”. Maka dalam hal ini banyak ulamak berpendapat mensyaratkan bahawa ‘ain benda atau harta itu hendaklah ada pada masa berwasiat. Sekiranya pewasiat hanya menyatakan atau menggambarkan benda atau harta wasiat atau nilainya secara secara umum,’sepertiga dari hartaku “atau “seekor lembu daripada hartaku” maka dalam keadaan ini disyaratkan supaya benda atau harta itu diperolehi atau dibelikan dengan hartanya .

b. Wasiat ke atas Manfaat Benda atau Harta

Kebanyakan para fuqaha’ termasuk mazhab sunni yang empat berpendapat bahawa boleh berwasiat dengan manfaat sahaja iaitu manfaat yang dibolehkan oleh syarak sedangkan ‘sedangkan ‘ain tetap berada pada waris pewasiat, ini adalah kerana berpandukan kepada pandangan bahawa ‘ain dan manfaat boleh dipisahkan.

Merujuk dalam perkara had penggunaan harta manfaat terdapat perselisihan pendapat di kalangan para fuqaha’ sunni. Fuqaha mazhab Syafie, Maliki dan Hambali membolehkan penerima wasiat memanfaatkan semaksimum mungkin harta manfaat yang diperolehi seperti menyewakannya, meminjamkannya atau mewasiatkan semula harta manfaat tersebut selagi perbuatnnya itu masih dalam tempoh sebagaimana yang dibenarkan dalam wasiat tersebut. Tetapi jika ada larangan bagi yang jelas bagi penerima wasiat dari tindakan tersebut maka hendaklah menggunakan harta manfaat itu sendiri.

Berlainan pula dengan fuqaha ‘ mazhab Hanafi yang menyatakan penerima wasiat harta manfaat tidak boleh menyewakan atau meminjamkan kepada orang lain harta wasiat tersebut.ini adalah diakibatkan penerima manfaat pada hakikatnya tidak memiliki ‘ain itu sendiri kecuali kecuali hak yang terbatas sahaja iatu penerima yang diwasiatkan sahaja yang berhak menggunakan harta manfaat tersebut .

1.2.7 Pelaksanaan Wasiat

a) Wasiat dalam bentuk ucapan

Para fuqaha’ sepakat mengatakan wasiat dalam bentuk ucapan dibolehkan sama ada secara terang atau tidak terang tetapi dipahami dari kata-katanya itu membawa wasiat. Penerimaan (qabul) boleh belaku selepas kematian pewasiat menurut jumhur ulama’, sedang ulamak Hanafi berpendapat bahawa wasiat boleh diterima semasa pewasiat masih hidup .

b) Wasiat dalam bentuk tulisan

Para fuqaha sepakat mengatakan bahawa wasiat dalam bentuk tulisan dibolehkan, jika seorang pewasiat tidak boleh bercakap seperti bisu.begitu juga dibolehkan bagi orang yang mampu bercakap, jika sekiranya tulisan pewasiat itu dipastikan dengan pengakuan waris atau dibuktikan dengan penyaksian bahawa itu adalah tulisan pewasiat.

c) Wasiat dalam bentuk Isyarat

Wasiat dalam bentuk ini hanya boleh kepada orang yang bisu atau orang yang tidak boleh bercakap dan dia (pewasiat) meninggal dunia dalam keadaan tersebut. Jika sekiranya pewasiat yang bisu itu boleh menulis, maka wasiat tidak terbentuk atau berlaku dengan isyarat kecuali dengan tulisan.

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 disebutkan pelaksanaan wasiat iaitu:

1) Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan lisan atau tulisan dan jika orang yang hendak membuat wasiat itu tidak dapat melakukan sedemikian, wasiatnya bolehlah dibuat dengan cara isyarat yang boleh difahami.

2) Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurut hukum syarak.

3) Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang terdapat dalam jadual kedua kepada enakmen ini.


BAB II
WASIAT WAJIBAH DAN APLIKASI

Pada dasarnya pemberian wasiat adalah suatu tindakan yang dilakukan atas dorongan kemahuan sendiri. Oleh itu tidak terdapat dalam syariat Islam ajaran ‘wasiat wajibah menurut pendapat jumhur fuqaha’. Tetapi menurut sebaagian fuqaha’ tabi’in, imam-imam fiqh dan hadis seperti said bin al-musayyab, al-Hasan al-Basri, Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu Hazm dan lain-lain berpendapat bahawa wasiat untuk kaum kerabat terdekat yang tidak mendapatkan bahagian pusaka adalah wajib, mereka bersandarkan kepada firman Allah iaitu:

Maksudnya:
“Hai orang-orang beriman, apabila salah seorang dari kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang yang berlainan dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana bencana sakit yang membawa maut.”

Jumhur fuqaha’ mengatakan bahawa ayat di atas telah dinasakhkan oleh ayat-ayat pewarisan dalam surah al-nisa’ ayat 11,12, dan 176 oleh itu kewajiban kepada ahli waris, kerabat dan orang lain adalah telah dinasakhkan hukumnya.

Manakala menurut sebahagian fuqaha’ yang lain bahawa ayat dia atas tidak pernah di nasakhkan, bahkan ayat di atas boleh dipahamkan sebagai membawa maksud kewajiban berwasiat ditujukan kepada keluarga yang tidak berhak mendapat bahagian harta warisan sahaja. Tegasnya mereka menggabungkan pengertian antara pengertian ayat wasiat dengan ayat pusaka sehingga konsep ‘wasiat wajibah’ dapat secara berkesan dilaksanakan kepada keluarga yang terdekat yang terlindung daripada mendapat bahagian pusaka .

Dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 bahagian VIII bahawa yang berhak mendapat wasiat wajibah iaitu:

1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada cucunya daripada anak lelaki yang telah mati terlebih dahulu daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan sekiranya cucu itu diberi dengan kadar yang kurang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.

2) Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam subsyeksen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kematian datuknya: dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka simati.

3) Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat sekiranya dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya, mengikut mana berkenaan, atau datuk atau neneknya semasa hayatnya, dan tanpa menerima apa-apa balasan, telah membuat wasiat kepada mereka atau telah memberi kepada harta yang brersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima menurut wasiat wajibah: dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu kurang daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak, haknya hendaklah ditambah sewajarnya dan jika bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang dia berhak, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi wasiat sukarela dengan tertakluk kepada persetujuan waris.

Bagi mereka yang berpendapat bahawa wasiat ke atas kaum keluarga yang tidak mendapat bahagian harta pusaka adalah wajib tidak menyatakan dengan jelas siapakah di antara mereka yang berhak mendapat wasiat tersebut. Walau bagaimanapun, dengan memperhatikan contoh berikut dapat menjelaskan siapakah yang berhak mendapat wasiat wajibah.

Contohnya: A meninggal dunia dengan meninggalkan seorang anak lelaki iaitu B dan seorang anak lelaki kepada anak lelakinya (anak lelaki kepada A) telah meninggal dunia sebelum A meninggal dunia. Setelah A meninggal dunia, seluruh hartanya diterima oleh B, sedangkan C tidak mendapat apa-apa bahagian kerana didinding oleh B. Oleh itu, untuk berlaku adil kepada C maka wasiat wajibah diberikan kepadanya.

Dari contoh di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa mereka yang berhak mendapat wasiat wajibah hanya berlaku kepada cucu lelaki atau perempuan yang telah kematian bapa atau ibu mereka sebelum terbuka warisan daripada orang tua masing-masing iaitu sebelum datuk atau nenek mereka meninggal dunia.

Dari penjelasan di atas tentang konsep wasiat wajibah beserta contoh yang telah dibincangkan, maka menurut penulis wasiat wajibah ini wajib dilakukan oleh seseorang yang meninggalkan ahli waris terdekat tetapi terhalang mendapatkan bahagian harta pusaka, wasiat wajibah ini harus digalakkan sebagai ibadah oleh ummat Islam untuk mencegah terjadinya berbagai kesenjangan dan rasa tidak adil yang boleh dirasakan oleh para ahli waris terdekat yang terhalang.

BAB III
PEMBERIAN DENGAN PENAMAAN DAN APLIKASI

Dalam amalan pemberian harta di Malaysia, pada kini terdapat pula cara pemberian yang boleh juga menentukan sifat harta yang diberikan, sama ada ia sah atau tidak dari segi undang-undang.

Cara pemberian yang dimaksudkan di sini ialah pemberian yang harta secara tidak langsung iaitu dengan cara amanah atau dikenal sebagai pemberian dengan”penamaan” maka dengan cara ini pihak penama akan mengambil harta yang diberikan kepadanya itu setelah kematian pemberi atau mengendalikan sendiri harta dengan penamaan itu daripada pihak ketiga yang bertindak sebagai pemegang amanah untuk sementara waktu hingga harta itu boleh diserahkan kepada penama .

Pelantikan penama lazimnya menjadi amalan di Malaysia, terutamanya dalam institusi kewangan, Bank-bank, kumpulan wang simpanan pekerja, tabung haji dan sebagainya. Persoalan mengenai penama timbul apabila penyimpan atau seseorang kakitangan kerajaan atau swasta meninggal dunia.

Persoalan penama telah timbul dalam kes Re Ismail bin Rentah (si mati) [1939] FMSLR 230, di mana dalam kes ini si mati telah menjadi ahli syarikat Kopertif Pegawai Melayu, Perkhitmatan Awam dan telah menamakan anak perempuannya sebagai penama untuk menerima saham dan faedahnya dalam syarikat itu apabila dia meninggal dunia. Dia telah meninggal dunia dan meninggalkan beberapa beberapa orang waris terrmasuk ibunya, balunya, anak perempuan, seorang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan. Penolong pendaftar telah memerintahkan saham dan faedah si mati dari syarikat itu dibahagikan kepada waris-warisnya. Rayuan telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi dan Raja Musa iaitu hakim dalam pembicaraan ini telah menolak rayuan itu. Raja Musa dalam keputusannya berkata:

“ Dalam pendapat saya, surat penama dalam kes ini tidak boleh dianggap sebagai hibah masa hidup oleh kerana tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaik-baiknya dia boleh dianggap sebagai hibah dalam masa mard al-maut, akan tetapi hibah demikian dianggap sebagai tertakluk kedalam undang-undang wasiat. Oleh kerana itu mengikut undang-undang Islam jumlah wang itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua ahli waris”.

Dalam hal ini, terdapat satu fatwa yang telah dikeluarkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ke-96 yang diadakan pada 20hb. September 1973, Majlis Raja-raja telah memberi pendapat seperti berikut:

“Penama-penama kumpulan wang simpanan pekerja, wang simpanan pejabat pos, Bank, Insurans dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibagikan kepada orang-orang berhak untuk pembahagian faraid ”.


BAB IV
KESIMPULAN

 Istilah wasiat adalah pemberian atau sumbangan harta oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah meninggal dunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan dengan perkataan wasiat atau perkataan lain yang menmbawa maksud wasiat dan pemindahan hak milik tersebut berlaku setelah kematian pewasiat.

 Ayat wasiat tetap berlaku kepada ahli waris atau keluarga dekat yang terdinding oleh keluarga dekat yang lain atau kepada ibu-bapa dan anak yang berlainan agama, sedangkan bagi ahli waris yang telah disebutkan bahagian-bahagiannya seperti terdapat dalam ayat pusaka (an-Nisa’ : 11,12 dan 176) maka tidak lagi terdapat kewajiban bagi wasiat untuk berwasiat kerana menurut penulis pendapat yang ketiga ini boleh menghilangkan kesenjangan di antara para ahli waris atau keluarga.

 Wasiat adalah amalan yang digalakkan dalam hal kebajikan, tetapi dalam keadaan tertentu boleh berubah menjadi hukum yang wajib dilaksanakan, haram kalau dilaksanakan, harus, dan makruh hukumnya kalau dilaksanakan.

 Secara umum syarat-syarat bagi pewasiat dalam hukum fiqah dengan enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 tidak berbeza, hanya sahaja di dalam enakmen wasiat orang Islam (negeri selangor) No: 4 umur pewasiat telah ditentukan iaitu berumur 18 tahun.

 Pada dasarnya pemberian wasiat adalah suatu tindakan yang dilakukan atas dorongan kemahuan sendiri. Oleh itu tidak terdapat dalam syariat Islam ajaran ‘wasiat wajibah menurut pendapat jumhur fuqaha’. Tetapi menurut sebaagian fuqaha’ tabi’in, imam-imam fiqh dan hadis seperti said bin al-musayyab, al-Hasan al-Basri, Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu Hazm dan lain-lain berpendapat bahawa wasiat untuk kaum kerabat terdekat yang tidak mendapatkan bahagian pusaka adalah wajib, sehingga wasiat ini dinamakan sebagai wasiat wajibah.

 Pemberian dengan penamaan ialah pemberian harta secara tidak langsung iaitu dengan cara amanah maka dengan cara ini pihak penama akan mengambil harta yang diberikan kepadanya itu setelah kematian pemberi atau mengendalikan sendiri harta dengan penamaan itu daripada pihak ketiga yang bertindak sebagai pemegang amanah untuk sementara waktu hingga harta itu boleh diserahkan kepada penama.


Daftar Rujukan

Al- Quran al-karim

Abdul wadud as-sariti, Al wasaya wal Awqaf wal mawarisi fi As-syari’ah al –Islamiyah, 1997, Dar An-nahzah al- Arabiyan Beirut.

Abdul Rashid Haji Abdul Latif, Wasiat dalam Islam, 1986, Universiti Kebangsaan Malaysia

Enakmen wakaf (Negeri Selangor) No:7, 1999 enakmen wasiat orang Islam(Negeri Selangor) N0: 4, 1999.

Faraj Mahmud Abu Laila, Tarikh Al-Wasaya, 1997, cet. Dar As- saqafah Lihiba’ah Wannasyar Wat tawziya’, Qatar.

Ja’far Subhani, Yang hangat dan Kontroversial dalam Fiqh, 1999, PT. Lentera Basritama, Jakarta

Muhammad Abdul Malik Az-zaghabi, t.t, Wasiyyat manyat , Cet. Maktabah Imam-Mansurah.

Muhammad Abu Zahrah, Syarah Qanun al- Wasiyyah, 1998, cet. Dar al- fikri al-Arabi.

Muhammad Shahrur, Metodologi Fiqih Islam kontemporer, 2004, elSAQ press, Yogyakarta.

M. Hasbi Ash Shiddieqy , Hukum-hukum fiqh Islam, 1952, PT. Bulan bintang, Jakarta.

Muhammad Jawad Mugniyah, Fiqih lima mazahab, 1996, PT. Lentera Basritama

Mustofa Al- Bugho, Kitab fiqah Mazhab Syafie wakaf, wasiat, faraid, 2005, Pustaka Salam SDN BHD.

Muhammad Baqir Al-Habsyi, Fiqih Praktis menurut Alqur’an, As- Sunnah, dan Pendapat para Ulama, 2002, Mizan

Mohd. Ridzuan Awang dkk, Undang-undang dan Pentadbiran pusaka, wasiat dan wakaf orang Islam di Malaysia, Jabatan Syari’ah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wahbah Zuhaili, Al-wasaya Wal Waqaf fil Fiqhil al Islami, 1998, Cet. Dar al-Fikri Suriah.

Sumber: Mahir Danial Blogspot
Tarikh: 8/5/2009

Balu Kedua Alahyarham Raja Nong Chik Dapat Kebenaran Mencelah

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini Jumaat membenarkan permohonan keluarga balu kedua Allahyarman Raja Datuk Nong Chik Raja Ishak untuk mencelah dalam rayuan Amanah Raya Berhad (ARB) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membatalkan saman ke atas balu pertama berhubung sejumlah unit saham dalam empat syarikat yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Datuk Wira Low Hop Bing berkata Perintah 15 Peraturan 6 dalam Peraturan-Peraturan Mahkamah Tinggi 1980 memberi kuasa budi bicara kepada mahkamah untuk memberi kebenaran mencelah kepada mereka yang tidak menjadi pihak jika wujud persoalan atau isu bebangkit atau berkaitan dengan sebarang tuntutan relif atau penyelesaian.

Hakim Low, yang mengetuai panel bersidang bersama Hakim Datuk Sulong Mat Jeraie dan Datuk Ramly Ali, juga berkata pemohon iaitu keluarga balu kedua Allahyarham, Jumaaton @ Zaiton Awang telah memenuhi kepentingan untuk mencelah dalam rayuan kerana mereka merupakan waris sah harta Allahyarham Raja Nong Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Jun ini untuk mendengar kes rayuan ARB.

Pada tahun lepas, lima orang anak Zaiton memfailkan permohonan untuk mendapat kebenaran mencelah atas alasan bahawa mereka merupakan waris yang sah dan mempunyai hak undang-undang untuk mencelah dalam prosiding rayuan itu.

Mereka ialah Raja Delila, Raja Norlina, Raja Iskandar, Raja Akhbar dan Raja Yurihana.

ARB menjadi pentadbir harta pusaka Allahyarham, yang meninggal dunia pada 10 Feb 1994 tanpa menulis wasiat, berdasarkan surat kuasa mentadbir yang diperoleh dari Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur, pada 17 Dis 1996 menerusi satu petisyen.

Pada 7 April, 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Patail membatalkan saman ARB terhadap balu pertama Allahyarham, Raja Rajmah Raja Chik, selepas ARB, yang diwakili oleh pegawai undang-undangnya Rafizah Mahadzir, memaklumkan bahawa mereka tidak bersedia untuk meneruskan prosiding pada hari itu.

Prosiding itu sudah beberapa kali ditangguhkan.

ARB menamakan Raj Rajmah sebagai defendan pertama dan anak-anakanya Raja Hanipuddin, Raja Sallehuddin, Raja Hizaruddin, Raja Taharuddin dan Raja Noraini sebagai defendan kedua sehingga keenam.

ARB juga menamakan Cik Normah Raja Nong Chik sebagai defendan ketujuh dan empat syarikat -- Lambang Tenaga Putra Sdn Bhd., Furukawa Electric Cables (M) Sdn Bhd., Shorga Sdn.Bhd., Malaysian Zips Sdn. Bhd., serta setiausaha syarikat Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat dan Chong Fook Sin dari TACS Corporate Services Sdn. Bhd., sebagai defendan kelapan hingga ke-13.

Dalam penyataan tuntutan, ARB berkata mereka mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mengurus semua harta pusaka Allahyarham termasuk saham-saham dalam syarikat itu dengan pengawasan mahkamah.

ARB mendakwa dari tarikh 17 Dis 1996 selepas menerima surat kuasa mentadbir dari Mahkamah Tinggi, ia tidak pernah memindah atau menyerahkan saham syarikat kepada sesiapa atau melakukan sebarang urusan transaksi saham berkenaan.

ARB juga turut mendakwa satu surat kuasa pemindahan saham dari Allahyarham pada 24 Jan, 1994 adalah tidak sah dan kuasa kerana Lambang Tenaga Putra dan/atau kakitangannya atau ejennya bersama Chong berpakat melakukan penipuan ke atas harta Allahyarham.

ARB berkata ini adalah kerana Allahyarham Raja Nong Chik tidak pernah menandatangani surat kuasa itu di hadapan Chong pada 24 Jan 1994 atau pada bila-bila masa sebelum kematiannya.

Oleh itu, ARB mahu perisytiharan bahawa resolusi pengarah Lambang Tenaga Putra Sdn. Bhd pada 26 Jan, 1994 meluluskan pemindahan 1,000 unit saham kepada defendan keenam, Raja Noraini Raja Nong Chik, sebagai tidak sah.

Pihak defendan dalam penyataan pembelaan menafikan bahawa syarikat berkenaan, kakitangannya atau ejennya telah berpakat dengan setiausaha syarikat untuk melakukan penipuan harta Allahyarham.

Allahyarham dikatakan meninggalkan harta pusaka dan saham bernilai kira-kira RM1.5 bilion tanpa sebarang wasiat ketika meninggal dunia pada 1994.

Sumber : BERNAMA
Tarikh : 8/5/2009

Tuesday, May 5, 2009

Bahaya lewat urus harta pusaka

Oleh : TARMIZI ABDUL RAHIM

TANGGAPAN di kalangan masyarakat Melayu bahawa pengurusan harta pusaka hanya boleh diselesaikan melalui hukum faraid sahaja adalah antara penyebab utama berlakunya kelewatan pembahagian yang membawa kepada pertelingkahan sesama waris.

Kelewatan urusan pembahagian harta pusaka itu bukan sahaja akan mendorong berlakunya krisis dalam institusi kekeluargaan tetapi ia akan menyebabkan harta itu terutamanya hartanah akan menjadi statik dan tidak memberikan pulangan ekonomi yang sepatutnya.

Keadaan akan menjadi lebih serius lagi apabila pihak-pihak yang bertelagah mengambil jalan singkat dengan mengambil keputusan menjualkannya bagi membolehkan hasil jualan diagih-agihkan sesama mereka.

Apabila perkara ini berlaku, ia sebenarnya tidak akan menyelesaikan permasalahan utama malah ia akan membawa kepada masalah jangka masa panjang yang lebih serius, bila mana hak milik harta itu berpindah ke tangan pihak ketiga dan wujudnya salah faham sesama mereka yang tidak berpuas hati dengan ganjaran yang diperoleh.

Segala kemelut ini mampu ditangani dengan berkesan sekiranya masyarakat Melayu itu sendiri membuat perancangan awal dengan mengurus tadbir harta mereka secara teratur dan sistematik sebelum meninggal dunia.

Mengimbas kembali apa yang telah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu, secara asasnya terdapat tiga mekanisme utama yang diguna pakai apabila menyentuh soal pengagihan harta pusaka iaitu hukum faraid, hukum adat dan wasiat.

• Hukum faraid - pembahagian harta mengikut syariat Islam berdasarkan kepada hierarki waris.

• Hukum adat - amalan tradisi sejak berzaman lamanya yang ditentukan kepada konsep tolak ansur dan persefahaman antara waris.

• Wasiat - yang paling jarang diamalkan dan ia berdasarkan kepada peraturan tertentu.

Perlu diakui walaupun pahit, isu pembahagian harta pusaka merupakan suatu perkara yang amat sensitif kerana lazimnya terdapat dua tabiat buruk di kalangan Melayu Islam iaitu tabiat membolot kesemua harta pusaka dan tidak menghiraukan urusan pewarisan harta pusaka itu sendiri.

Gejala buruk ini wajar dihentikan kerana ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada para warisnya, walaupun sekelumit.

Lebih menakutkan lagi apabila pemilik asal harta yang sedang bersemadi akan terus terseksa selama mana urusan pembahagian yang sepatutnya selesai secara aman dan harmoni, tidak menemui penyelesaiannya sehingga bertahun-tahun dan warisnya pula asyik bergaduh sesama sendiri.

Masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya masyarakat sedar kepentingan menulis surat wasiat tetapi hakikatnya ramai orang Islam menganggap bahawa mereka tidak memerlukan wasiat kerana kewujudan hukum faraid - tanggapan ini ternyata silap.

Kaedah penulisan wasiat juga sebenarnya mampu mengatasi semua permasalahan itu kerana ia mampu membezakan antara harta pusaka dan pemberian atau hibah. Ini kerana wasiat pengagihan harta ditentukan semasa pemilik masih lagi hidup.

Kelebihan menulis surat wasiat antara lain mampu mempercepatkan proses surat kuasa pusaka, mengelak persengketaan antara waris di samping dapat melantik wasi atau pentadbir yang diyakini bertanggungjawab, amanah dan berkesan.

Bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat Melayu yang beranggapan apabila harta-harta diagihkan terlebih dahulu sebelum mereka meninggal dunia akan menyebabkan kebarangkalian untuk anak-anak mengabai dan menyisihkan mereka.

Jadi, dalam usaha memastikan kedudukan mereka daripada terkena sindrom dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anak yang tidak berperasaan dan tidak mengenang budi.

Mereka kebanyakannya akan memilih jalan penyelesaian popular iaitu menyerahkan bulat-bulat kepada waris masing-masing untuk menyelesaikan segala kemelut sesama sendiri apabila mereka meninggal dunia kelak.

Para ibu bapa perlu bertanggungjawab mengelak waris-warisnya daripada pergaduhan sesama sendiri.

Pada masa inilah, perlunya peranan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai badan bebas untuk mengendalikan dan menguruskan harta pusaka.

ARB, syarikat milik penuh kerajaan, dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1921 dan diperbadankan pada tahun 1995.

Selain menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti pentadbiran harta pusaka, pentadbiran harta amanah dan pemegang amanah bagi tabung-tabung harta amanah, ARB juga menawarkan khidmat nasihat dan panduan mengenai pembahagian dan pengurusan harta.

Sumber : Utusan Malaysia
Tarikh : 5/5/2009